Sunday, March 28, 2010

MindJamn

hari Ahad, 28 March 2010, hari yang mendown kan mental dan fizikal aq.....

ARGH~~!!!.. kenapa paper Mathematics N Statistic td sangat susah?!! Madam Salwati cakap, buat semua tutorial... InsyaAllah boleh jawab final ngan mudah... mudah kah apernyer.... bersengkang aq nak menjawab soklan-soklan tuh! kenapalah banyak sangat soklan theory??? bukankah Subject tu terkenal dengan kira2 nya?

untuk menhadapi peperiksaan final, antara perkara yang aq buat b4 exam QNTB tuh,
*x tdo semalaman wat latihan banyak2..
*banyak nyer latihan yang aq buat adalah mengulang buat semua latihan n tutorial sebanyak more than three times!

hurm.... tatao lah.....
hampir semua budak cakap... SUSAH!
mmg gerenti aq x kan dapat A @ B doe.......




hampa...

Saturday, March 27, 2010

Paneh Paneh~~..


pergh...
aq rasa arini lah ari paling panas bagi aq! owh cair cair.. Matahari terik seawal kol 9 pagi! cair... aq terpakse bangun jugak sbb paneh...... cuci muka, trus g basuh baju... pastu, mandi2 siap, kol 12.30 aq kuar g pasar... pergh... bahangnyer....

aq rasa aq macam ayam percik paling gemuk, berlemak dan enak utk dijadikan hidangan setelah masak dengan kepanasan cahaya matari arini.. argh! cuma perlu cecah dengan sos barbeque jer... hahahha... arini ni bagus bagi mereka yang nak keringkan aper yang patot.... contoh nyer cuci kerete n nak keringkan, basuh uma @ carpet, atau nak jemur baju lama yang dah berbau hapak.... huhuhuhu

hurm.... petang ni aq tertido... tapi tolong lah... aq rasa mcm aq tdo dalam oven.... paneh yang teramat sangat.... cepat lah malam.... cepatlah malam.... nak sejuk sket... huhuhuhu.... ni lah gambar bilik aq di waktu petang... kepanasan..... matahari direct kot...



so, malam ni, program, blaja ngan member2 kat campus... i guess tade air con... tapi tgklah nnt, aq try gode2 bilik setting air cond... huhuhuhu... nak air cond gak untuk suasana study yang diinginkan.... tanak library cuz asyik distract ngan benda2 lain... nak jumpe orang lah, tulah, nilah.... hurm...

pada mereka mereka yang ada paper mathematics n statistik sok, GUD LUCK! huhuhu.... ni pon antara killer subject... u drop diz, u drop ur result... huhuhu.... ok lah... mau mandi! da maghrib ni.... huhuhu... continue later..

Friday, March 26, 2010

Rita kurang ajar dengan 'suami'!

HIDUP sebagai artis sering dipandang bermandikan kemewahan dan limpahan populariti. Sama ada pelakon atau penyanyi, mereka mampu meraih pendapatan lumayan dalam tempoh masa singkat.




BERPASANGAN...Rita dan Eman berganding sebagai suami isteri menerusi Tiupan Sangkakala.






sebelum - selepas



Bagi pelakon jelita, Rita Rudaini, semua itu tidak lagi menguasai diri apabila sudah menjadi ibu dan isteri. Jika sebelum ini, dia banyak menghabiskan masa hanya bekerja siang dan malam, sebaliknya kini dia menggalas dua tanggungjawab berbeza.

Di sebalik kesibukan di lokasi penggambaran, Rita akui perlu membahagikan masa bersama keluarga di rumah. Rita sebelum ini mengejutkan ramai peminat apabila mendirikan rumah tangga secara senyap-senyap dengan pemain bola sepak Kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak pada 25 Februari 2008.

Dalam pertemuan di lokasi penggambaran drama Tiupan Sangkakala di Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Rita berkata kehidupannya tambah bahagia apatah lagi melihat ragam anak sulung, Airit Rayyan Rizqin (lahir pada 8 Julai lalu) makin membesar.


Rita berkata, dia sering meluangkan masa bersama suami dan anak apabila tidak terbabit dengan penggambaran. Menariknya, ketika di lokasi Rita juga kadangkala dikunjungi suami yang sempat menghantar makanan dan melihat sendiri bagaimana dia berlakon.

"Saya tidak kisah suami datang ke lokasi. Sekurang-kurangnya dia tahu bagaimana saya bekerja dan secara tidak langsung memberi saya semangat.


"Namun, ada ketika tidak dinafikan dia juga cemburu melihat saya berlakon dengan pelakon lelaki. Selalunya apabila watak saya bersama pelakon itu 'menjadi' dia hanya berdiam diri dan itu tandanya dia cemburu.

"Bagi saya, sama ada boleh atau tidak, dia harus terima kenyataan saya berlakon bersama pelakon lelaki. Sudah tentu menjadi pelakon, adegan berpegang tangan perkara biasa.

"Bagaimanapun, fokus saya pada lakonan tidak lagi seperti dulu. Selepas berkahwin, saya mengambil keputusan berehat selama seminggu atau dua minggu selepas selesai satu-satu penggambaran," katanya.

Mengenai Airit, Rita mengambil keputusan meletakkan anaknya itu di bawah jagaan ibunya bagi memudahkan dia keluar bekerja. Namun, naluri sebagai ibu masih kuat hingga mendorong Rita sanggup balik ke kampung di Perlis menjenguk Airit dan kembali semula ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Biarpun berstatus isteri dan ibu, Rita berkata dia bagaikan tidak percaya masih mendapat tawaran berlakon. Malah, dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaan produser dan pengarah untuk membawakan watak utama.

Menerusi lakonan drama baru Tiupan Sangkakala arahan Heykal Hanifah yang masih menjalani penggambaran sekitar Shah Alam dan Hulu Langat, Rita digandingkan bersama aktor handalan, Eman Manan sebagai pasangan suami isteri.

Memberi tarikan, Rita berdepan cabaran melakonkan watak Arissa kerana perlu memainkan karakter antagonis terhadap Adi (lakonan Eman). Mengikut plot, Arissa isteri yang bersifat garang dan tidak menghormati suami.

"Saya tertarik dengan watak ini kerana saya jarang mendapat peluang menjadi antagonis. Seringkali penampilan saya cukup sinonim dengan watak gadis baik.

"Sebelum ini, saya juga pernah mendapat watak isteri curang menerusi drama Lillahitaala dan drama terbaru 13 episod yang baru selesai penggambaran, Jangan Bunuh Matahariku menyaksikan saya membawakan watak gadis buta.

"Tapi, pertama kali berlakon bersama Eman, perasaan saya bercampur, pada masa sama takut. Sebenarnya, dalam drama ini ada adegan yang memerlukan saya bersikap kurang ajar hingga sanggup tendang suami.

"Sebelum ini, saya pernah menyaksikan lakonan Eman dan ada rakan beritahu, dia pelakon serius. Sebelum tiba hari penggambaran, saya sampaikan termimpi-mimpi memikirkan bagaimana lakonan saya bersama Eman nanti.

"Pengarah ada cakap kepada saya supaya meletakkan muka orang paling saya benci pada Eman untuk memudahkan saya menghayati watak berkenaan.

"Nyata apabila kami berlakon bersama, saya melihat Eman sebenarnya banyak membantu menghayati watak dengan mendalam. Pada awal penggambaran, saya tidak berani bercakap dengan Eman tetapi lama-kelamaan kami dapat berlatih bersama," katanya.

Untuk watak Arissa, Rita menyatakan dia perlu meninggikan suara dan mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati terhadap 'suaminya' itu. Rita juga berasakan lakonannya turut dibantu pelakon berpengalaman lain seperti Ahmad Tarmimi Siregar dan Dian P Ramlee yang melakonkan watak ibu bapanya.

Di sebalik cabaran melakonkan watak Arissa, Rita berkata dia sudah bosan melakonkan karakter romantik. Bagaimanapun, dia masih tidak menolak tawaran karakter sedemikian sekiranya watak yang ditawarkan menarik perhatian.

"Saya bersyukur kerana mendapat pelbagai tawaran berlakon baru. Pada Oktober nanti, saya akan terbabit membintangi drama bersiri, Fantasia Bulan Madu yang menyaksikan saya sekali lagi bergandingan bersama Rosyam Nor sebagai pelakon utama.

"Perancangan selepas ini, saya hanya memberi fokus pada satu kerja dalam satu masa dan kemudian mengambil rehat yang panjang untuk menghabiskan masa bersama suami serta anak.

"Jika sebelum kahwin, saya kerja tanpa henti, tetapi selepas berkeluarga, saya perlu bijak membahagikan masa. Mungkin tahun depan saya ingin tambah anak," katanya.


PROFIL

NAMA: Rita Rudaini Mokhtar
NAMA KOMERSIAL: Rita Rudaini
ASAL: Kangar, Perlis
TARIKH LAHIR: 11 April 1976
USIA: 33 tahun
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
KERJAYA: Pelakon dan model
FILEM: Mendam Berahi, Mami Jarum, Mistik, Mami Jarum Junior, Makar dan Cinta
DRAMA: Cinta Gila, Tangisan Bulan Madu, Dulang Wan Cu, Kabus Dan Sinar, Teksi, G3, Delina, Skuad Elite, Kutub Utara Kutub Selatan, Rafflesia 1 dan II, Biar Kusentuh Cintamu, Norisha Mama Rock, Lillahitaala, Jangan Bunuh Matahariku dan Tiupan Sangkakala.

siapa ni? PART 1


Diyana Syazwani..



Amalina Abdullah (kak Lin)



Syamimi Alia n Sarah Shakina



farah Alyaa Shahril






mereka adalah antara orang yang memenuhkan memory indah aq di uniten ni...

lalala~~

oh pagi yang letih.... maybe terover tdo kot... huhuhuu... laapr2.. itu yang bermain kat kepale ni.... hahaha... bilelah nak kurus ni.... perut makin ari makin menjerit jerit... takpe lah.... lately, i realize that, ramai gadis2 skang ske laki2 prot buncit.. hehehe....

p\s : mmg perasan tahap dewa kot.... hahahaha (blushing)..

pagi2 dah du mulakan dengan aktiviti yang membuhsankan.... BASUH BAJU... hahaha... sebab selama 45 minit aq kene tungu kat bilik dobi tanpa sebarang aktiviti lain! argh! ape lagi... bawak laptop lah.... update LACRYMOSA aq... hohoho.... pasni trus jemur, pastu mandi, siap2 g pasar sabtu.... oh pasar,.... really mizz u so much.... hahah... yucks!,,

statistik ohh statistik~~~~














Mathematics n Statistik merupakan salah satu subjek wajib ambil oleh student2 uniten Muadzam Shah jurusan account n bisness.... hahaha.... ayat skema dowh.... haha.... dah dah... hentikan hipokrit ini...

ku skang berada di library mengulang kaji haha... rajin lah plak.... nghee.... bersama kawan2 osmate..... kawan2 study.... sharing baby caring formulae n tips... hehehe...... arini baru ari jumaat, exam ari ahad... walaupun duration lama lagi...tapi time is money... sok pasar sabtu tyme... so, sok tyme study dah kurang sket..... huhuhu... malam macam biasa lah... pulun habis.... huhuhu...

Qistina ~ pengguna prihatin

Qistina ingin mengajak
anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24,
mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?
Qis tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu
kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya
menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan
anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak
kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi
‘kain hitam’ itu.


perhati dahulu gambar ni....


n juga perhati gambar ni.....


you know this rite???


Then,qis nak tanya,apa kaitannya dgn ini???????


n apa persamaannya ngan ini? Adakah ini satu kebetulan???? kite tgk gambar lain lak....


Lagi satu,anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan
salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu
yang berkuasa?


imbas kembali...


sama je kan??? Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan
firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan
sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka
fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala
lady in red


Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita
saksikan video ini.
youtube (The Arrivals. ap 13)
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan
persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan
tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu
mengenai semua ini. Kebetulan? Qistina kata tidak!!!!


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the
Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila
ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya


ini lambang FREEMASOM!!!


Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.


tengok... perhatikanlah.... mudahnya tertipu.....


kat tali gitar pun ada....


konklusinya.... muzik kan??


masa diorang tgh gedik menari ni.tgk la apa yang diorg pijak.....


OOOppps.... ni apa pulak????


owh..... tgklah persamaannya ngan yg ni..... kalau anda sumer tau.... yang mata satu ni... selain dari jin mata satu,apa ek???? saya tanya saya jawab... jawapan dajallah....Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan
saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya
tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan
tulis.
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi
benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu,
anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa
apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin.
Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan
minda anda


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk
piramid. Lihat snapshot di bawah.


Sekadar penambahan. Terima Kasih. ok sahabat sekalian... lepas tgk ni...fikir2kanlah.... kalau tak faham carilah maklumat tentang freemasom....

Thursday, March 25, 2010

Lakhnat kepada Pendera budak ini...

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki yang kritikal kerana pendarahan otak dipercayai akibat didera berkemungkinan mengalami kecacatan untuk jangka masa panjang.



SIMPATI...Rosnah melihat keadaan Mohamad Al-Faiz yang cedera di otak dipercayai akibat didera.
Bayi berusia empat bulan itu, Mohamad Al-Faiz Abdullah, bagaimanapun, kini dalam keadaan stabil dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sejak 11 Mac lalu.

Ketua Jabatan Neuro Surgeri HKL, Dr Mohd Safari Mohd Haspani, berkata pembedahan mengeluarkan darah beku di otak bayi itu dilakukan pada hari dia dipindahkan dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Seremban ke HKL.


“Berdasarkan imbasan, bayi itu mengalami pendarahan di kanan otak dan kami segera melakukan pembedahan mengeluarkan darah beku.


“Otaknya membengkak tetapi keadaannya sekarang stabil dan sudah mula bergerak, cuma dia masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media selepas lawatan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ke ICU Institut Pediatrik dan wad kanak-kanak HKL di sini, semalam.


Hadir sama, Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dan Ketua Jabatan Institut Pediatrik HKL, Dr Hussain Imam Muhammad Ismail.


Dr Mohd Safari berkata, bayi itu memerlukan rawatan rapi dan pemulihan Mohamad Al-Faiz bergantung kepada masa yang tidak dapat ditentukan.


“Kemungkinan berlaku kecacatan itu ada tetapi masih terlalu awal untuk ditentukan dan sekarang kita tumpukan terhadap pemulihannya,” katanya.


Harian Metro Selasa lalu melaporkan bayi lelaki itu dipercayai mengalami kesan goncangan yang kuat menyebabkan berlaku pendarahan pada bahagian dalaman kepalanya, sekali gus menyebabkan mangsa bertarung maut. Kisah malang menimpa bayi berkenaan terbongkar apabila dia dibawa seorang lelaki yang mendakwa pengasuhnya ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, 11 Mac lalu.

malam yang indah ni membuat ku teringat si dia.... hahahaha.... jiwang siot.... nyampah gittew.... hurm.... per nak buat ek? bukak skype n donloan movie! yeah! cari citer antu!
hohohoo



takot ker? x perlu sbb kalau ko biasakan tgk citer antu, ko x takot tgk citer antu....
hahahaha

tuah..

tetiba dapat tender mengajar Munirah subjek Matematik tingkatan 2... bersediakah aku? no problem... hehehe

Berlenggang ke sana ke mari..~~




oh indah nyer hari ini.... paper hari ini membuat ku bahagia... hahha.... English For Accounting (ENAB122) is the best.... haha... really like it so much....

p\s : malam semalam aq tdoq kol 4.30.... aq pon x pasti wat per.... mandi, tgk tb, study, men fb n mcm2 ag... siap sempat tgk movie.... b4 tdo, aq set jam in my both handphone.... confident bangun pagi... tiba2 sedar2 da kol 8.30.... menggelabah aq! gler argh... mandi kerbau... pakai wangi(cover baek)..... gosok gigi gitu2..... cuci muka gitu2... x syampoo.... baju gosok gitu2..... kasut cikai jer.... butang baju atas motor.... serabai gler.... hahaha.... masuk2 jer paper da start! argh! seb bek aq hafal seat number aq.... 002... huhuhu... depan sekali tuh! dah tuh! selak jer muka page pertama! nose running! ingus ni x nak stop dari kuar! kain tepuk (handkerchief) ni x cukup besaq nak tampung ingus aq! adoi! terpakse dongak kepala kerap kali.... huhu.... menjawab dengan penuh confident yer... alhamdulillah pale aq x jem... smooth jer menjawab.... ngehehehe.... huhu.... ari yang epi.. untuk arini, perjalanan idup aq diterukan dengan tdo... tdo tdo.... qadak tdo yang x cukup semalam... huhuhu... daa...

Wednesday, March 24, 2010

she's the only one that i love so much.. She's the best mother forever... no one can replace her,.. the one who give u birth, the one who take care of u until now.. the one who always pray for your happiness.. the one that protect u from danger n mosquitoes bites,.. the who carry u 9 month in her belly.. the one who always support u in any condition... the one that i love so much... Happy Birthday Mother..











Satu Satunya Yang Sangat Ku Cintai Sepanjang Hayatku....







walau dalam keadaan berduka mana sekali pon, beliau tetap mengukir senyuman yang terindah di bibir... berketawa bersama kami adik beradik.. bergembira walaupun dalam hatinya penuh dengan pelbagai duka lara yang timbul... beliau seorang membesarkan kami 5 beradik dengan berjaya... alhamdulillah... tanpa sokongan dan dorongan yang beliau berikan, aq tidak mampu untuk sampai ke hari ini... mak, i love u so much..

Ibuku Ratu Hatiku...