Wednesday, January 25, 2012

Sah! Jurassic Park 4 Dan Indiana Jones 5 Akan Difilemkan



Berita baik bagi peminat filem Jurassic Park dan Indiana Jones kerana penerbit filem terkenal Steven Spielberg telah membuat pengesahan bahawa filem terbaharu untuk kedua-dua filem tersebut telah berada dalam proses awal.

Buat masa ini, George Lucas sedang menyiapkan skrip untuk filem Indiana Jones 5. Apabila ditanya oleh wartawan mengenai filem Indiana Jones, Steven menjawab;



“You have to ask George. George is in charge of breaking the stories. He’s done it on all four movies. Whether I like the stories or not, George has broken all the stories. He is working on Indiana Jones 5. We haven’t gone to screenplay yet, but he’s working on the story. I’ll leave it to George to come up with a good story.”

Dan apabila ditanya mengenai filem Jurassic Park, Steven menjawab;



“The screenplay is being written right now by Mark Protosevich. I’m hoping that will come out in the next couple of years. We have a good story. We have a better story for four than we had for three.”

Nampaknya kita terpaksa tunggu lama untuk menonton filem-filem ini. Diharap penantian ini tidak sia-sia.

No comments:

Post a Comment