Monday, June 25, 2012

RM 3 Bilion - Ummi Hafilda Kantoi



Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).




"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.

"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.

"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.

Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.

Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.

Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.

Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.

Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.

Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.

"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.

Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.

Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.

Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.

"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.

Wednesday, June 20, 2012

mengarut di pagi hari

I am as confusing as I am confused. I am sometimes cute, sometimes handsome, sometimes stupid, sometimes smart, very funny, very shy, very quiet... Life is like a rollercoaster there will always be ups, downs, happiness and unhappiness. Never promise what you can't keep. Friends comes and goes, but the ones that you don't always contact. But still call each other every now and then, it's your true friends. Before I used to think time can guarantee every thing, but that's not the case. Because before and present is alot different in what you think. Maybe as you get older, that's the way you think of life. I am what I am. I am just an ordinary guy, who just want to live an ordinary life. Nothing more or special. I try to be a friend who is understanding and caring, because that's my nature... Now i'm still learning about life...

Tuesday, June 19, 2012

Only For You

I Dont know who are u... i guess i'll meet you in future.... but i dedicate this song just for u dear future mate.... love u so much... and i know u'll love me more...

baru terjaga dari terlelap.... mimpi ngeri.... takot.. camni ceritanya

aq bawak dak2 Kazakhstan yang datang ke Uniten untuk program pertukaran pelajar... 
aq escort diorang jaln2 kat Melaka... then, bus berhenti kat depan 1 kawasan rehat ni..... 

keliling hutan... nyaman, segar.... diorang semua nak tunggu dalam bus jer.. tanak keluar... 

En Rosli dah lama keluar bus katanya nak g toilet tapi x balik2.... ku pon keluar lah nak cari en Rosli... sedang aq masuk entrance  kawasan tuh, tetibe ada seekor badut tahan n ikat something kat pinggang aq.. 

so, aq biar je lah... badut...tade kerja... then after die lepaskan aq, aq rasa ringin... 

sekali aq melompat, jauh pulak landingnye... so, aq gembira main lompat2... then aq ternampak lah ex aq yang aq sangat rindu di 1 sudut... 

sedang aq melompat lompat ke arahnya, aq di tahan oleh 2 ekor patung.. gajah n harimau yang bulat2.... aq berjaya escape dengan melompat sangat kuat..... tapi mereka kejar... 

aq ditahan pula oleh sekumpulan badut kecil yang badannya diikat belon... diorang pon lompat2 tapi x tinggi.... aq berjaya melepasi mereka... 

then aq decide nak keluar dari kawansan tuh nak kembali ke bus.. tetibe kat pintu gerbang kawasan tuh, ada 2 ekor badut yang badannya banyak diikat belon... so, aq ingat diorang ringan sbb banyak belon kat badan (mudah terpelanting n terapung).... rupa rupanya mereka teramatlah berat... 

once aq tolak diorang, aq terpelanting ke belakang.... aq try lombat melepasi diorang tapi belon yang diikat kat badan aq dah kurang angin... so, aq lompat x tinggi.... then aq try lagi lompat tinggi2... kaki ku di pegang oleh salah seorang badut berat tadi... 

aq terkejot n then terbangun... adeyh... mimpi rupenye.. mimpi2.... mimpi macam lama rupenye baru terlelap dalam lebih kurang 15 minit... huahahhaha...so, x nak terlelap lagi sbb takot kene kejar dengan badut... hahahah!~ 

Sunday, June 17, 2012

Hati oh Hati..

baru lepas usha2 facebook... ramai kawan2 ku kini single... putus hubungan manis yang dipanggil cinta... mengapakah? adakah sekarang ni memang dah jadi trend single sampai mati? oh.. apakah yang sudah berlaku? apakah virus yang sedang merebak dalam udara segar bumi Muadzam Shah ini? 

jangan cepat melenting merapu meluahkan kata2 dan bait2 yang membinasakan hubungan kerana ianya mampu menjurus ke arah kehancuran, kemurungan dan kesakitan yang amat dahsyat.. kasihan hati kerana tidak dijaga dengan baik.... kasihan hati kerana terpaksa terima semua impak atas dari semua permasalahan... 


sabar Sabar sabar.... perkara paling penting dalam perhubungan... belajar untuk slow talk.. kadang2, kite x perasaan yang kite ni terlalu memaksa si dia untuk memahami kita... tapi apakah kita sudah 100% mengenali hati si dia? apakah anda tahu adakah si dia sedah bersedih, @ berusaha bermati matian untuk membahagiakan anda? 

keras kepala... tolak tepi kalau rasa nak berkapel ok!~ sedar diri sket.... cermin kat umah tu besar... dah boleh kot cermin diri before sebok nak suruh orang cermin diri mereka... 

jangan dok kejar2 orang yang memang x nak kat kite... mmg takda gunanya...

kawan2 ku slalu nasihatkan aq... nak cari kapel hati2 sbb ku ni jenis yang cepat sayang orang....

memang berdasarkan pengalaman.... semua yang kapel dengan ku hanyalah untuk gunakan ku... bukan ikhlas berkapel dengan ku...

takot nak kapel... tapi rasa nak kapel... kuat sangat bermain dalam fikiranku..

pedoman buat mereka diluar, SEX tidak harus dilaksanakan di dalam awal perhubungan kerana salah seorang dari pasangan anda mungkin memerlukan anda hanya untuk SEX sahaja dan bukan hati @ cinta anda... 

sekian... with love..

sunyi... sepi... lamanya single... bila lah ku nak ada yang punya ni... hurm... still hoping n searching the one for me.. huhuhu...

Saturday, June 16, 2012

Kenyangkan Masa

Cuti semester dapat berjalan!~ yeay!~ Pagi yang ceria, cuaca yang elok, pagi2 lagi dapur dan macam kene bom!~ mak ngan akak ipar ngah menyiapkan makanan2 n jajan2 untuk di bawak g jalan2 arini... ni pon plan last minute... Ayun ajak g Mersing... happy Holiday everyone!~ muahahha.... dah lama cuti baru nak g bercuti.... takpelah.... asalkan dapat gak g... dah lama kowt x g bercuti...

segala kata janji yang telah engkau berikan membuat ku rasa kosong kosong...

pagi2 lagi dah mood najwa latif..... hahha.... sengal... semalam baru abes download cerita Devdas..

dah lama dah ngidam nak tengok balik cerita ni.... huhuhu... puas hati...  huhuhuhu.... hurm...

19 & 20 MEI 2012.... jalan2 bersama keluarga... g picnic kat Mersing!~ vacation setiap tahun... cuma kali ni ahli keluarga yang terlibat x ramai.... tapi kami pergi juga..... kalau nak tunggu semua ada, susah nak cari masa... huhuhu.... Mak, Abah, Ayun, Kak Mimi, Edriz Muzhaffar dan aku... pakai 2 kereta.... of course abg aku ngan akak ipar aq ngan anak die 1 kereta, aku mak ngan abah 1 kereta.... almaklumlah saiz semua membanggakan... jadi kene lah seswaikan dengan keadaan kenderaan... seksa nak sumbat semua... huhuhu.... walaupon hanya 2 hari percutian ku bersama keluargaku... ku rasa sangat gembira dan terharu dan syahdu... huhuhu