Saturday, October 20, 2012

INILAH "KEBOHONGAN" SEORANG IBU YANG SERINGKALI DILAKUKAN OLEHNYA...


1. Ketika makan, sekiranya makanan berkurang, Ibu akan
memberikan makanan itu kepada anaknya dan berkata, "Cepatlah
makan, ibu tidak lapar..."

2. Ketika makan, Ibu selalu menyisihkan diantara ikan dan daging
untuk anaknya lalu berkata, "Ibu tidak suka daging, makanlah syg..."
3. Tengah malam saat Ibu sedang menjaga anaknya yang sakit, Ibu
selalu berkata, "Istirahatlah syg, ibu masih belum ngantuk..."
4. Saat anak sudah tamat sekolah, bekerja, mengirimkan wang
untuk ibu. Ibu berkata, "Simpanlah untuk keperluanmu syg, ibu
masih punya wang yang cukup..jgn rsau ye,ibu kat kg takpe..''
5. Saat anak mmbelikan ssuatu, lalu ibu bkata, ''tak perlula nak beli ape2 utk ibu syg, simpanla duit itu utk mase akan dtg nanti, jgn membazir..''
6. Saat anak sudah berjaya, lalu menjemput ibunya untuk tinggal di
rumah rumahnya lalu Ibu pun berkata, "Rumah tua kita ini sangat
selesa, ibu tidak berapa selesa tinggal di sana, sekejap-sekejap
boleh la..."
6. Saat menjelang tua, ibu ketika ibu jatuh sakit, anaknya akan
menangis, tetapi ibu masih bisa tersenyum sambil berkata, "Jangan
menangis syg...ibu tidak apa-apa...lepas makan ubat nanti ibu sihat
la..." Ini adalah kebohongan terakhir yang dibuat oleh ibu sebelum
ajal menjemputnya...
Sekaya manapun kita, sebesar mana pun kita, ibu selalunya akan
tetap menganggap kita anak kecilnya,sentiasa risau dan khuatir
akan keadaan kita, tetapi ibu tidak pernah membiarkan kita risau akan
dirinya...
Semoga semua anak di dunia ini, dapat menghargai setiap
"kebohongan" yang seringkali dilakukan oleh seorang ibu...!!
Kerana seorang ibu sentiasa menyayangi anak-anaknya walaupun
sesusah manapun yang harus ditempuhinya... ibu akan tetap
tempuhi demi kebahagian dan kejayaan anak-anaknya...
* TERIMA KASIH IBU...ENGKAULAH SEGALANYA
BAGIKU...TANPAMU SIAPALAH AKU...KASIHMU PADAKU TAK KAN
TERBALAS SEPANJANG MASA...
NAMUN SEDEKAT MANA SERAPAT MANA ORG LAIN PD KITA TAK MUNGKIN DIA DPT LAKUKAN PENGORBANAN SEPERTI 'IBU'

No comments:

Post a Comment