Friday, November 16, 2012

Harta karun & emas terbesar di Asia Tenggara



Harta karun bernilai AS$80 juta (RM241.8 juta) yang ditemui di dalam sebuah kapal yang karam di perairan Indonesia 1,000 tahun dahulu sekali lagi akan dijual.
Dikenali sebagai Harta Karun Cirebo
n, ia ditemui di dalam bangkai sebuah kapal dekat Pelabuhan Cirebon di Pulau Jawa dan mengandungi sekitar 250,000 objek berharga termasuk kristal, mutiara dan emas.
“Harta karun ini adalah yang terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara berdasarkan kualiti atau kuantiti,” kata Pengarah Cosmix Underwater Research Ltd., Luc Heymans dalam satu e-mel kepada agensi berita Assoicated French Press.
Syarikat berkenaan yang beribu pejabat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu bertanggungjawab mengangkut harta karun itu dari dasar laut.
Harta karun itu ditemui dari bangkai sebuah kapal sedalam 57 meter oleh beberapa nelayan Indonesia.
Kira-kira 22,000 selaman dilakukan di antara April 2004 dan Oktober 2005 yang dibiayai syarikat berkenaan selepas pihak berkuasa Indonesia memberikan kebenaran untuk mengangkut harta karun berkenaan.
Firma berkenaan gagal mencari pembeli apabila harta karun tersebut dijual pada satu lelongan di Indonesia pada tahun 2010.
Ia kemudian dieksport ke Singapura.

“Harta karun itu akan dijual di Singapura,” kata Heymans.

No comments:

Post a Comment