Sunday, February 10, 2013

Suka Duka Shila Amzah 2013

“Kerana Dia Bakal Isteri Saya” — Sharnaaz Ahmad Mengakui Kongkong Shila Amzah


Sharnaaz Ahmad hari ini mengakui yang beliau memang mengawal pergerakan Shila Amzah kerana penyanyi itu merupakan bakal isteri beliau & serius dengan hubungan mereka ketika ini.

“Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan”

“Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya,” Sharnaaz Ahmad yang di’temui media di tayangan perdana filem Juvana.

Memegang watak Lan Todak dalam filem yang akan ke pawagam pada 24 Januari nanti, Sharnaaz Ahmad berkata beliau tidak lagi mahu berbicara mengenai cinta sebaliknya fokus kepada rancangan untuk berkahwin dengan kekasih beliau.

ND Lala: Sharnaaz Jangan Nak Memandai-Mandai


Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala hari ini menegur sikap pelakon filem Juvana, Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya terlalu terbuka dalam mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi itu.

ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh, 51, menyifatkan tindakan Sharnaaz itu seolah-olah mengenepikan dirinya dan isteri sebagai ibu dan bapa kepada Shila.

Sharnaaz sebelum ini dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang dia akan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

Umum mengetahui sebelum ini, yang Shila Amzah, 23, menjalin hubungan cinta dengan Sharnaaz Ahmad, 28, dan kisah cinta mereka sering berdepan pelbagai kontroversi yang selalunya dimulakan oleh Sharnaaz sendiri.

ND Lala berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Sharnaaz mengenai perkahwinan itu.

"Sharnaaz mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu," kata ND Lala lagi.

"Saya tidak pernah lagi berbincang dengan keluarga Sharnaaz atau menyentuh apa-apa perkara berkaitan pertunangan atau perkahwinan kerana saya mahu Shila memberi fokus utama kepada kariernya terlebih dahulu.

"Pesanan saya pada Sharnaaz, ibu bapa Shila masih hidup dan kita ada adat dan agama, jadi jangan nak memandai-mandai.

"Kenyataan Sharnaaz itu telah menyebabkan saya dihujani pelbagai soalan oleh rakan dan peminat. Mulanya saya mengambil sikap mendiamkan diri tetapi kemudiannya banyak pula kenyataan liar dikeluarkan media dan Internet.

"Sikap keterlaluan dia itu benar-benar telah menjejaskan nama baik keluarga saya dan perjalanan seni Shila. Tolonglah jangan biadap, hormati kami sebagai ibu bapanya. Perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main," tambah ND Lala lagi.

ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Mahu Masuk Merisik

Nampaknya niat Sharnaaz Ahmad untuk merisik kekasih hatinya, Shila Amzah berdepan ujian paling getir. Ini kerana bapa Shila Amzah, ND Lala seolah-olah menentang niat Sharnaaz dan mahu anaknya Shila Amzah menumpukan sepenuh perhatian kepada kariernya. Ianya berikutan Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

ND Lala menyuarakan rasa kecewa beliau denga kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mengakui Shila Amzah adalah bakal isterinya kerana beliau tidak pernah berbincang tentang isu perkahwinan.

Bapa Shila Amzah ini meminta Sharnaaz Ahmad supaya tidak biadap dengan meneruskan niat beliau untuk masuk merisik Shila Amzah pada Mac ini.

“Saya dan ibu Shila (Amzah) masih hidup, masih bernyawa — sekurang kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya”

“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” ujar ND Lala dalam kekecewaan.

ND Lala bagaimanapun tidak pernah menolak jika jodoh Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad tetapi beliau merasakan belum sampai waktu untuk kedua dua anak seni ini mendirikan rumahtangga.

#01 ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Ingin Masuk Merisik Shila Amzah - ROTIKAYA

SHARNAAZ BUNTU, ND LALA TEMPELAKNYA ‘BIADAP’


Hajat Sharnaaz Ahmad untuk masuk merisik cinta hatinya, Shila Amzah mendapat tentangan awal dari ND Lala yang merupakan bapa kepada penyanyi berkenaan. Sharnaaz sebelum ini pernah memberitahu pihak media dia mahu merisik Shila pada Mac ini walaupun ND Lala tidak berapa bersetuju dengan perkara ini.
Bagi ND Lala, dia mahu Shila fokus pada kariernya terlebih dahulu, apatah lagi Shila mendapat peluang untuk mengembangkan kerjayanya setelah memenangi gelaran Juara Asian Wave 2012. Namun begitu, Sharnaaz tetap dengan pendiriannya mahu merisik Shila Amzah pada Mac ini juga. ND Lala yang bengang dengan kenyataan Sharnaaz menyifatkan bakal menantunya itu ‘biadap’ dan tidak menghormatinya selaku bapa kepada Shila Amzah.


Bagi Sharnaaz pula, dia seolah-olah masih tidak faham atau buat-buat tidak faham dengan pendirian ND Lala itu. Apa yang ammboi faham, ND Lala bukan kata Sharnaaz biadap kerana tidak berbincang atau bawa orang tua untuk merisik namun ND Lala mahu isu merisik, bertunang, bernikah itu ditangguhkan dahulu demi kerjaya Shila. Sebab itulah Sharnaaz sekali lagi keluarkan kenyataan ‘buntu’ atau bingung dengan kenyataan ND Lala itu.

sharnaaz ahmad dan shila amzah

Enggan ‘memanaskan’ keadaan, Sharnaaz Ahmad, 28, berharap dapat bersemuka dengan ND Lala, 52, daripada mereka terus bertelingkah dalam media massa mengenai hasrat pelakon itu menyunting Shila Amzah. Sharnaaz berkata, bukan tiada usaha membawa keluarganya dari Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur bagi menjelaskan niat merisik Shila mengikut adat.


Namun, dakwa Sharnaaz, usahkan duduk semeja, panggilan telefon kepada ND Lala juga tidak berangkat. Sharnaaz mendakwa, dia kurang pasti mengapa ND Lala menempelaknya sebagai ‘biadap’ selepas membuat kenyataan mahu merisik Shila. Ini kerana kata Sharnaaz, ND Lala sendiri sukar didekati atau dihubungi bagi membincangkan niatnya itu.

“Cuba jelaskan bagaimana saya mahu menyampaikan niat suci saya kalau dia (ND Lala) sentiasa mengelak. Bagaimana ibu bapa saya mahu menyampaikan hajat ini mengikut adat andai usaha bersemuka gagal? Kali terakhir saya hubunginya Disember lalu, panggilan saya tidak berangkat.” Jelas Sharnaaz.

Dah terang-terang ND Lala tidak mahu berbincang isu merisik. Harap Sharnaaz Ahmad memahami keadaan dan tidak terus memanaskan keadaan. Semoga hubungannya dengan ND Lala tidak bertambah keruh kerana mungkin sukar untuknya melamar cinta hatinya selepas ini.


‘JADILAH LELAKI SEJATI’ – PESANAN SHARNAAZ AHMAD UNTUK ND LALA?


Nampaknya ‘perang’ antara bakal menantu dan bapa mertua ini terus berlarutan. Semalam, ND Lala menegur Sharnaaz Ahmad agar jangan biadab. Hari ini pula, Sharnaaz Ahmad membalas balik kenyataan ND Lala dan menyifatkan bakal bapa mertuanya itu sengaja memusing cerita.

ND Lala ‘bengang’ apabila Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan yang agak terlalu terbuka mengenai hubungan cintanya bersama Shila Amzah. Selain itu, Sharnaaz juga lantang mengatakan dia mahu merisik Shila pada Mac ini. Sedangkan ND Lala mahu Shila Amzah diberi masa dan peluang untuk mengembangkan kerjayanya yang sedang meningkat naik sejak memenangi Asian Wave 2012 baru-baru ini.

Biarpun mendapat halangan dari keluarga Shila, Sharnaaz menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan ibu bapa kekasihnya itu, namun dia menjelaskan bahawa ND Lala pula tidak mahu bersemuka dengannya.

“Jadilah seperti seorang lelaki. Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya. Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita”, kata Sharnaaz seperti yang dilaporkan dalam portal murai.com

Tak cukup disitu, Sharnaaz turut menegaskan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku serta mengaku bahawa ibubapanya merasa terkilan selepas membaca kenyataan ND Lala.

nd lala - sharnaaz ahmad

“Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah. Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak. Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua.”

Bagaimana pun, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dengan perkara yang berlaku.

“Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?”, katanya lagi kepada portal berkenaan.

PENJELASAN SHILA AMZAH MENGENAI LAMARAN SHARNAAZ AHMAD


“Saya kini berada dalam keadaan positif. Selepas apa yang berlaku, saya mendapat banyak hikmah, banyak khabar gembira yang saya tidak boleh ceritakan lagi. Apa yang berlaku itu merupakan satu proses pembelajaran buat saya. Saya seorang yang ‘very open’ dan rapat dengan peminat di Twitter. Apa yang terlintas di hati, saya akan kongsikan dengan mereka. Sehinggakan saya kadang-kadang terlupa saya seorang ‘public figure’. Sekarang saya perlu hadkan apa yang hendak dikongsi. Ada sesetengah perkara yang perlu disimpan ‘private’. Bila masanya sesuai, saya akan kongsikan. Belajar dari kesilapan. Itu nasihat ayah. Jangan diulangi kesilapan itu. ‘It will only be a mistake if we repeat it’.”


Tambahnya lagi, walaupun dia sekarang ini kurang sihat atas faktor kerja tetapi dari segi kehidupan, “Alhamdullilah, semuanya sangat ‘wonderful’. Tak perlulah saya beritahu lebih lanjut. Biar saya simpan buat diri saya. Cukup yang anda tahu saya gembira.”

Apabila ditanya mengenai lamaran Sharnaaz?

“Bukan andai kata sebab dah terlepas beritahu pun. Benda itu sesuatu yang manis bagi saya. Kita tengok sajalah ‘in the future’. Nanti hilang ‘surprise’-nya,” ujar Shila sambil tersenyum.

Shila Amzah Meminta Maaf Kepada Semua Pihak Atas Apa Yang Terjadi


Berikut merupakan kenyataan rasmi yang di’keluarkan oleh Shila Amzahsendiri melalui sepucuk ‘surat’ kepada semua rakan media awal malam ini.

Tiada kenyataan menyimpulkan situasi yang terjadi antara kekasih beliau, Sharnaaz Ahmad & bapanya ND Lala dan Shila Amzah meminta maaf kepada semua pihak yang terlibat atas apa yang terlah terjadi.

Shila Amzah juga menulis yang beliau mengambil sepenuh tanggungjawab ke atas apa sahaja damage yang terjadi kepada Sharnaaz Ahmad dan keluarganya ekoran isu kenyataan kedua dua pihak minggu lalu.

_________________________________________________________________________________
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan nama Allah SWT yang maha pengasih dan maha penyayang, Shila rasa cukup bersyukur di atas segala nikmat dan dugaan yang telah diberikan kepada Shila.

Tujuan Shila menulis surat ini, sebab Shila nak memperjelaskan semua perkara yang telah terjadi setelah sekian lama shila berdiam diri.

Pertama sekali, Shila memahami situasi ibubapa Shila dan kenapa mereka begitu menjaga Shila dari pelbagai aspek sebab mereka menyayangi Shila dan takkan ada orang lain yang boleh menggantikan tempat mereka di dalam hati Shila.

Shila takkan sanggup melukakan hati mereka untuk berbuat sesuatu keputusan yang mereka tidak redhai.

Tentang Sharnaaz, Shila ingin memohon maaf secara terbuka kepada Sharnaaz dan familinya atas apa yang telah terjadi. Terima kasih kerana melayan Shila dengan baik selama hari ini. Janganlah semua menghukum Sharnaaz atas kenyataannya, dia tidak sepenuhnya bersalah.

Shila mengambil sepenuh tanggungjawab atas semua damage yang telah berlaku kepada Sharnaaz dan familinya.

Shila, sebagai seorang anak kepada ibubapa Shila, sebagai seorang kekasih kepada Sharnaaz, Shila sangat berharap perkara ini boleh diselesaikan sebaiknya.

Shila sentiasa percaya pada qada’ dan qadar. Seandainya ia baik untuk Shila maka dekatkan’lah, seandaikan ia membawa kemudaratan untuk Shila maka jauhkan’lah.

Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah SWT. Shila berdoa agar semua berdamai. Shila minta maaf kepada semua rakan-rakan media kerana tidak memberi kerjasama atas semua spekulasi yang telah berlaku.

Shila juga ingin memohon maaf kepada semua Shilalas kalau ada yang terguris hati. Demi Allah, Shila sangat sayangkan anda semua.

Kisah Cinta Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah Kini Berakhir?

Walaupun Shila Amzah dalam kenyataan beliau meminta supaya Sharnaaz Ahmad & ND Lala mencari jalan penyelesaian, kenyataan terbaru cinta hati beliau seakan tiada respons positif.

“Tak payah nak hipokrit,” komen Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan terbaru Shila Amzah kepada media & permohonan maaf beliau kepada semua pihak semalam.

Sharnaaz Ahmad juga berkata yang beliau tidak mahu ambil tahu lagi akan perkara ini kerana kesudahannya, orang ramai akan tetap meletakkan kesalahan di’bahu beliau.

“Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila Amzah) nak buat apa sekalipun”

Bercakap tentang rancangan beliau untuk tetap merisik Shila Amzah pada Mac ini, pelakon filem Juvana ini berkata beliau tidak akan menghantar rombongan merisik seperti di’rancang.

“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. Saya tak pasti dan hanya berserah,” tambah Sharnaaz Ahmad.Shila Amzah sekarang sedang berseorangan mencari ketenangan manakala Sharnaaz enggan memikirkan tentang perhubungan mereka lagi. Berdoalah agar dipermudahkan untuk mendapat keputusan yang terbaik buat anda berdua. Kalau berpisah itu terbaik, pasti itu jawapan yang akan anda temui. Yang penting, kena redha dengan apa yang bakal terjadi.

Penyanyi Shila Amzah Hilang


Keratan Akhbar Berita Harian Sunday, February 10, 2013 memberitakan tentang kehilangan seorang penyanyi terkenal tanahair, Shila Amzah di mana ayahnya telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Difahamkan kehilangan Shila sejurus selepas kembali dari mengikuti promosi di Shanghai minggu lalu ditambah keluarga berkenaan dilanda konflik hebat apabila ayahnya tidak merestui perhubungan cinta dia antara Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad.

Oleh kerana segala usaha untuk mengesan anak perempuannya itu menemui jalan buntu memaksa beliau membuat laporan polis seperti yang dilaporkan

Dalam laporan itu menyebut Shila Amzah dilaporkan hilang sejak enam hari lalu. Laporan polis kehilangan penyanyi itu dibuat oleh bapanya ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis IPD Kajang kira-kira jam 10 pagi semalam


Video Shila Amzah Rindu Keluarga, Nyanyi Ombak Rindu!


Video Shila Amzah Rindu Keluarga, Nyanyi Ombak Rindu!

Ketika semua orang tertanya-tanya, ke manakah menghilangnya penyanyi Shila Amzah, tiba-tiba anak kesayangan ND Lala ini telah pun memuatnaik sebuah video yang dipaparkan dalam Youtube.

Dengan mengenakan baju dan hijab putih, Shila Amzah dengan mata yang bengkak akibat terlalu banyak menangis telah melontar kata-kata dengan penuh sayu dan sebak.

"Assamualaikum semua. Sha harap semua okey..Sha minta maaf sebab timbulkan kerisauan pada semua. Sha...(dengan suara tersekat-sekat, dan kemudian berhenti dan menangis) mak...abah.. Sha minta maaf sangat eh.. Sha rindu sangat pada semua orang....

Kemudian, sambil mengalirkan air mata, Shila Amzah telah membawakan lagu Ombak Rindu....

Shila Amzah sebelum ini dilaporkan telah menghilang diri buat seketika kerana mahu bersendirian sepertimana yang ditulisnya di dalam twitter pada 6 Februari 2013 yang lalu.

NurShahilaAmirAmzah ‏@Shilaamzah
Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan .. Not with my family anymore or with abang.. doakan sha selamat.. #shilalas

Tindakan Shila itu dikatakan berpunca daripada kemelut yang dihadapi oleh kekasihnya Sharnaaz Ahmad dengan bapanya, ND Lala yang tidak mengizikan lelaki tersebut mengahwini anak perempuannya.

video




Shila Amzah dilapor hilang sudah ditemui...


berita shila amzah hilang shila amzah hilang sudah ditemui

Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.

“Dah jumpa pukul 4 petang, semalam. Saya dimaklumkan oleh ayahnya (ND Lala),” katanya ketika dihubungi

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.

ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Usaha mendapat kenyataan ND Lala gagal berikutan beliau tidak menjawab panggilan telefon sejak semalam.

Rabu lalu, juara Asian Wave ini mengemas kini status di laman mikro Twitter miliknya yang memberitahu tentang keberadaannya di suatu tempat untuk mencari ketenangan.

“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.

Kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi panas ekoran kenyataan yang dibuat ND Lala melalui sebuah akhbar sebelum ini.

Selasa lalu, Shila menulis e-mel kepada semua media mengenai situasi yang dilaluinya sekarang manakala klip berdurasi empat minit, yang turut menggambarkan perasaannya, dimuat naik di YouTube kelmarin.
shila hilang

Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu yang juga pemenang Asian Wave 2012 itu ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya. Difahamkan, penyanyi itu mula menghubungi bapanya bagi mengetahui lokasi persembunyian. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penemuan penyanyi itu.
Saya dimaklumkan oleh bapa penyanyi itu sendiri, ND Lala, 53, berhubung penemuan anaknya itu di satu lokasi di Terengganu.
Namun begitu, ND Lala percaya anaknya masih berada di dalam Malaysia kerana MyKad dan passport Shila Amzah masih berada di dalam simpanannya. Sementara itu, Sharnaaz melahirkan rasa terkejutnya ketika dimaklumkan mengenai hal ini. Apa pun semoga Shila selamat dan akan buat kemunculan seperti yang dijanjikan di Pulau Pinang,


Shila Amzah Tandingi Adele & Taylor Swift Di World Music Award 2013


Jujurnya, ini pertama kali mendengar wujudnya World Music Awards yang tahun ini sudah pun masuk edisi yang ke 23 yang bakal berlangsung di Miami, Florida.

Yang penting sekarang ini adalah, Shila Amzah telah tersenarai sebagai calon utama dalam kategori World’s Best Female Artist menandingi 40 calon hebat yang lain.

Pencalonan ini bermakna Shila Amzah kini terpaksa bersaing dengan Adele, Taylor Swift, Selena Gomez, Pink, Kelly Clarkson & Madonna — sebut sahaja, pasti ada dalam senarai.

Menurut laman Wikipedia, majlis anugerah ini mengiktiraf artis berdasarkan rekod jualan album & lagu di’seluruh dunia namun ada laman untuk mengundi yang belum berfungsi.

Walau apa pun mekanisme untuk seseorang artis itu membawa pulang World Music Awards, tahniah diucapkan buat Shila Amzah yang berjaya di’calonkan.

No comments:

Post a Comment