Friday, August 2, 2013

New Life That Ending Slowly.......

New life which need me back to my student life.....

Not so bad.... sometimes je la annoying..

Today, Jumaat, 3 August 2013... perjalanan yang agak perit bagiku.., malam semalam mak call,
' bila kau nak pulang untuk cuti hari raya? '

'Macam ni mak, esok dari Muadzam, wan akan lari ke Bangi sekejap sbb ada barang penting tertinggal kat uma kawan, lepas tu wan mintak tolong akak amik wan, lepas tuh sabtu pagi2 wan usahakan dan ikhtiarkan cara untuk pulang ke Batu Pahat ok?' Jawabku...

Mak, 'hurm wan wan... mak ingat kau balik awal, boleh tolong mak.. kalau kau balik lambat,tak payah balik terus lah..'

Tersentak hatiku kejap dengar kata2 ibuku.... bukan niat ku nak berjoli2 cuti sakan dengan kawan... dompetku tertinggal di rumah en rusydi masa ku datang bangi minggu lepas bersama Dr Nash... memang niat hatiku nak pulang awal ke Batu Pahat... tapi apakan daya... tiket bus semua habis di jual... harap menumpang orang ke sana ke sini... ini kan pula dompet yang berisi wang, kad bank, ic, id pelajar dan lesen yang memang sangat penting bagi ku...

Sekarang aku dah setelkan semua hal dan sekarang ku berada di rumah akak di Kampung Jalan Kebun... aku tiba agak lewat... perkataan pertama ku srjurus masuk ke dalam kereta akak ku, 'Assalamualaikum, maaf lewat...' namun di sambut dingin...aku paham... salah ku... mereka ada anak kecil... tambahan suami kakak ku kurang sihat...

Sejurus tiba di rumah, akak dan abang ipar ku merancang cara menghantar ku pulang esok... samada menaiki bus @ train.... aku beritahu akak ku yang tinggalkan ku di bustand esok masa akak ku nak pergi kerja... akak cakap akak pergi office 6.30 pagi... terlalu awal.. pada ku, takpe... tak perlu lah buat kerja dua kali.... alang2 akak nak g kerja, terus drop ku kat bustand... ku cakap, mana2 stesen yang paling dekat sbb tanak menyusahkan....

Tiba2 abang ipar ku mencelah... 'kenapa wan tak nak suruh kiteorang ambikkan je wallet tuh untuk wan, so nnt kiteorang pas masa kiteorang balik raya?'

Balasku, 'wan tak nak susahkan akak n abang g amikkan sbb susah nak g masuk kawasan condo tu....'

Abang ipar ku kata dengan nada yang dingin, 'wan buat jalan macam ni sangat menyusahkan semua orang'

Berderau darahku, terhenti nafas ku, terdiam ku seketika... rasa macam nak lari dari rumah ni, balik naik teksi @ ape kenderaan yang ada untuk pulang ke Batu Pahat...

Kalau aku ada kereta sendiri, sudah tentu aku tak perlukan pertolongan orang lain... Ya Allah, hanya engkau yang paham dugaan ku.... Aku berdoa kepadaMu, permudahkan lah perjalanan pulang ku esok....

Maaf kalau ku dah tak seperti dulu... ku mintak pertolongan sbb ku memang dalam kesusahan... benda x rancang, menda x diduga.... sesungguhnya, Allah itu maha adil dan penyayang...


Selamat malam...

No comments:

Post a Comment